untuk pengetahuan korng, ni bukan kali pertama aku g casting dah masuk yang ke-4. paling besar casting yang pernah aku pergi kt syarikat MIG milik DAVID TEO. semalam casting kali ke-4 yang aku hadiri.. mmg best, dari NEGERI SEMBILAN(N9-umah aku) aku melangkah kaki ke KUALA LUMPUR(KL) penat tu xpayah cerita kan? pasti korg pun tahu kn kalau seharian dri N9-KL. mmg banyak pengalaman yang aku terima, cnthnya dari segi pengetahuan kawasan. sebenarnya aku kurang pengetahuan ckit bab jalan kat KL tu. biasa la dari kg (KEDAH-asal) mana nk tau sngat pasal jalan kat KL ni. mujur ada kemudahan yang sangat senang untuk aku gunakan, macam LRT, KOMUNTER, KL monore untuk aku pergi ke satu tempat ke satu tempat dengan mudah dan cepat. berbalik kepada cerita aku tadi, aku naik komunter dari SEREMBAN sampai ke KL SENTRAL kemudian aku ambil LRT dari KL SENTRAL-AMPANG PARK, sampai saja sana (AMPANG PARK) aku pon ambik teksi pula pergi ke JALAN TUN RAZAK(tempat casting). sampai saja sana aku pun carila bangunan tempat aku nak casting tu. akhirnya aku pon jumpa syarikat tu, pada mulanya aku segan juga la nak jejak kaki ke syrikat tu tapi dah fikir minat punya pasal aku pun teruskanlah juga la memandangkan aku dah sampai sama. masuk je dalam syrikat tu mak ai ramainya, layak ke aku nanti? aku berfikir sejenak.. lantak ar layak ke tak layak yang penting minat mendalam tu. aku pun isi lah borang belum sempat isi borang aku dah dapat skrip untuk casting, amboi laju gila dorang punya kerja. xpe yang penting xpayah aku tunggu lama-lama kan nak dapat skrip untuk casting. aku igatkan kena ikut giliran nak casting rupa-rupanya siapa dah ready leh go je..hehehe xla maksd aku leh trus masuk casting. aku masih ingat lgi skrip yang aku kena hafal tu aku kna jadi mak kepada shafikah, skrip dia mcm ni:
-"macam mana kelas tambahan tadi"
-"tahun inikan fiqah nak ambil PMR, cikgu mestilah nak pastikan yang semua anak murid dia faham dan mahir apa yang dia ajar...janganlah merungut"
-"sementara nak tunggu cuti sekolah tu.. fiqah kenala sabar..tak pun fiqah berhenti dari bermain bola jaring buat sementara waktu..macam mana?"
-"yang termenung dekat situ kenapa? pergi panggil papa dengan adik-adik makan"
hahahaha....panjang x??? dalam mase 15 minat aku hafal skrip ni tau, punya la malas nak tunggu. aku bukan apa aku dah janji dengan kawan aku nak pergi MASJID JAMEK beli barang.. sebab tu la aku buat cepat. sebab aku dah berjanji kan kena lah aku tunaikan tapi dia pulak yang xtunaikan(kawan aku) penat aku tunggu dia lepas casting tu. dh dia tak datang, aku punya belag la pergi MASJID JAMEK sorang-sorang, kena plak time tu hujan apalagi aku pekena la MCD dia cto. lepas je aku pekena MCD aku pun balik la semula ke KL SENTRAL untuk balik ke SEREMBAN. sampai je kat KL SENTRAL aku pun nak beli tiket ke SEREMBAN naik KOMUTER sebelum sempat aku nak beli, ad seorang mamat ni tarik aku untuk promosi dia punya pakej percutian pula, aku ckap xminat dia nk cte jgak....cte la kau wei, aku dh penat ni...abis je dia cete aku pun ckp sya xminat..klau dia nk marah aku punya pasl la, kn aku dah cakp aku xminat dari sebelum dia ckp lagi.. aku pon terus beli tiket balik. penat oi nak tgu KOMUNTER pon, siap tertidur lagi.. pnya la orang ramai time tu. smpai je SEREMBAN aku ambik bas balik umh, smpi je rumah aku sempat lagi baca surat khabar bukan surat khbar je, siap NOVEL lagi. tadi bukan main mgantuk aku mase atas bas, balik je rumah sempat membaca pula.. tapi badan penat juga la time tu...dh biasa tu lewat, penat pun susah nak tidur jugak..tapi kdg2 tertidur xigat dunia.. lepas aku baca novel aku terus la melayari mimpi indah.... hahhahaha macam mana? best x?? tula pengalaman yang xmungkin aku lupa...sbb aku dah abadikan dalam blog aku ini...hahaha....ok la... aku belah dulu, bye......
Monday, 27 June 2011
Thursday, 23 June 2011
aku gila cinta
aku gila cinta, dengar macam tak logik kn? tapi itulah hakikatnya.... eh.... bukan aku k... tapi ini nama untuk cerpen aku.... pasti korng tertnya2 kenapa aku letak nama cerpen aku macam tu... bagi aku, apa yang terlintas di kepala aku, yang itu aku buat.. macam nama cerpen aku ini... untuk mengetahui lebih lanjut kenapa aku letak nama cerpen aku "aku gila cinta", korng bacalah sendiri cerpen pertama aku yang aku ambil masa selama 2hari untuk menyiapkan kn...so, smoga kalian enjoy dengan cerpen pertama aku......
“saya sukakan awak” . fahmi melihat gadis yang dihadapannya yang merenung tar dengan perasaan malu. apa yang telah didengari sebentar tadi langung tidak dipedulikan. Hatinya berdebar-debar saat meluahkan isi hati yang dipendamkan selama ini. Mungkin dirinya agak gila kerana meluahkan perasaan terhadap lelaki itu, namun itulah yang dia rasai selama seminggu mengenali lelaki itu. Biarlah apa yang akan dikatakan oleh lelaki itu yang pasti dia telah meluahkan segalanya kepada lelaki itu.
“maaf. saya datang sini untuk belajar, bukan untuk bercinta” Agak lama lelaki itu mendiamkan diri, akhirnya terluah juga apa yang diharapkan oleh ayu atikah namun hatinya hampa dengan jawapan yang diberi oleh fahmi. Ah..malunya aku, apa aku nak buat ini? Atikah kegelisahan dengan jawapan yang didengarinya sebentar tadi. Itulah padahnya meluahkan perasaan pada lelaki, kan dah kena reject siap dapat ayat pedas lagi itu. Aduh… Kalau orang tahu aku telah meluahkan perasaan kepada lelaki ini dan kena reject pula tu. malu beb..lagi malu kalau satu kolej mengetahui hal ini.
Aku Ayu Atikah Binti Arman. Seorang gadis yang ceria, berbadan berisi, kulit kuning langsat, otak yang agak gila-gila dan kelakar telah membuat pengakuan berani mati kepada seorang lelaki yang baru dikenali selama seminggu ketika menjalani minggu silatulrahim yang telah diadakan oleh pihak kolej kepada pelajar yang baru mendaftar. Dengan perasaan yang dah berbunga-bunga sakura didalam hati telah menyebabkan aku meluahkan perasaan kepada lelaki itu dengan tidak memikirkan apa yang akan terjadi selepas aku meluahkan perasaan kepada mamat tu.
***
Ayu atikah melangkah kaki ke kolej seperti biasa namun hatinya tidak tenteram, mana mungkin dia boleh berhadapan dengan fahmi yang telah menolak cintanya semalam. Mungkin bagi fahmi, dia adalah gadis yang tidak maruah kerana meluahkan perasaan cinta terhadapnya yang baru mengenali selama seminggu atau seorang gadis yang suka meluahkan perasaan cinta kepada lelaki walaupun baru beberapa hari mengenali. Ha…buntu atikah memikir apa yang akan dianggap oleh fahmi terhadap dirinya.
“woi, apa yang ko tengok tu” sapa ila apabila melihat sahabatnya merenung ke luar tingkap hingga tidak menyedari kehadirannya.
“tak dak apa la” balas atikah sambil melihat ila yang kini berhadapan dengannya. atikah mengemas buku-buku yang telah berselera diatas meja untuk memberi ruang kepada ila untuk mengulangkaji pelajarannya.
“semalam aku dengar kau pergi jumpa mamat tu” Tanya ila sambil menyelak-yelak nota dihadapannya. sebenarnya ila telah mengetahui bahawa atikah telah menyukai fahmi ketika minggu silatulrahim kerana ila lah yang telah membantu atikah untuk mengenali fahmi. Atikah merenung sejenak. apa yang patut dia beritahu ila pasal semalam? Mana mungkin dia hendak bercerita hal yang sebenar atau dia patut berbohong pada ila? Ha..mana mungkin dia sanggup menipu kawan yang baru dikenalinya dan disebabkan ila la dia dapat bersembangan dengan fahmi.
“ah ah. Aku pergi jumpa dia semalam” kata atikah sambil menyalin nota-nota yang telah dipinjamnya dari kawan sekelasnya.
“kau pergi jumpa dia buat apa?”soal ila untuk mendapat kepastian daripada atikah sendiri. Kini, cerita mengenai atikah berjumpa fahmi semalam telah menjadi perbualan pelajar-pelajar kolej. Ada yang menyatakan fahmi meluahkan perasaan kepada atikah ada juga yang menyatakan fahmi menolak cinta atikah, Macam-macam cerita yang didengarinya. Untuk mendapatkan kepastian tentang cerita itu, ila harus bertanyakan sendiri pada tuan punya badan mengenai apa yang terjadi pada malam semalam.
“takdak apapun. Saja je aku jumpa dia nak bersembang.lagipun aku dengan diakan kawan, takkan tak boleh jumpakan?”soal atikah kembali pada ila agak ila tidak terus bertanya mengenai semalam. Baginya biarlah dia dan fahmi saja yang mengetahui hal semalam, biar pecah di perut jangan pecah di mulut, malu jika orang lain mengetahui yang fahmi menolak cintanya.
***
Hampir setengah jam dia menunggu bas bersama beberapa kolompok pelajar kolejnya. Atikah hanya memerhati gelagat satu kolompok pelajar lelaki dihadapannya dengan penuh kusyuk.
“hai” sapa salah seorang pelajar lelaki yang berhadapannya dengan senyuman yang bisa memikat sesiapa sahaja yang melihatnya.
“hai” balas atikah bersahaja.
“awak atikah kan?” Tanya lelaki tadi sambil diperhati oleh kawan-kawannya.
“ya. Kenapa?” balas atikah yang hairan. bagaimana lelaki itu boleh mengenalinya? Mungkin lelaki itu terdengar namanya di panggil ketika didalam kelas tadi atau lelaki itu memerhatinya didalam kelas tanpa dirinya menyedari.
“jadi awakla yang suka dekat fah?” Tanyanya lagi untuk mendapat kepastian.
“fah? Siapa itu” aku bertanya kembali. Seingat aku, aku tak pernah mengenali lelaki yang bernama fah.
“fahmi” kata lelaki itu kembali kerana pelik melihat atikah yang tidak mengenali fah.
“oh..fahmi, ingatkan siapa. Siapa yang beritahu ?”
“awak dah tengak blog dia? Tengok la blog dia. Apa yang dia tulis” kata lelaki tersebut dengan senyuman yang penuh tanda Tanya. Apa yang mereka tahu? Apa yang fahmi tulis dekat blog dia? Ah.. ini yang membuat dia bertambah ingin tahu apa yang telah dilakukan oleh fahmi didalam blognya sehingga ada orang mengetahui mengenai dia menyukai fahmi.
***
“pulangkan balik hadiah ini” kata fahmi sambil menghulurkan kembali hadiah ditangan amir.
“kenapa nak kembalikan? Kan dia bagi dekat engkau” Tanya amir pada fahmi yang tidak mahu menerima hadiah pemberian ayu atikah yang sepatutnya diberikan pada hari lahir fahmi 5bulan yang lalu. Fahmi hanya mendiamkan diri sambil mengemas baju-baju didalam beg.
“tak baik engkau buat atikah macam ni. Dia dah penat-penat belikan hadiah untuk engkau, tau-tau engkau suruh bagi balik pada dia. Engkau tak terasa kesian ke pada atikah, fahmi” . amir memujuk fahmi agak menerima hadiah pemberian atikah kepadanya, mana mungkin dia sanggup mengembalikan semula hadiah yang diberikan padanya untuk disampaikan pada fahmi beberapa bulan lepas. Fahmi masih lagi dengan keputusannya agak amir mengembalikan hadiah itu kepada atikah.
“atikah” laung amir apabila melihat atikah di kafe. Atikah memerhatikan amir datang padanya dengan muka serba salah.
“kenapa?” Tanya atikah apabila amir sudah berada dihadapannya. seperti ada perkara penting yang ingin disampaikan oleh amir kepadanya.
“fahmi, dia suruh aku bagi balik hadiah yang kau bagi pada dia” amir meneruskan apa yang sepatutnya kepada atikah. Muka atikah tiba-tiba berubah setelah mendengar apa yang disampaikan oleh amir sebentar tadi.
“nanti aku bagi hadiah tu dekat ika suruh bagi dekat engkau” katanya lagi.
***
Seminggu sebelumnya.
“ko dari mana ini?”soal ila.
“aku dari pekan. Beli barang sikit”balasku
“kau pergi beli hadiah untuk fahmi ke?” soal ila ketika melihat aku mengeluarkan barang-barang yang telah aku beli sebentar tadi.
“ahah..dah alang-alang aku tunggu bas dekat pasaraya itu, aku belilah barang ini” kataku sambil mengemas barang-barang untuk disimpan. ila hanya mengeleng kepala melihat sikap atikah yang masih lagi mahu memberi hadiah kepada fahmi setelah apa yang telah dilakukan kepadanya.
Biarlah apa yang akan mereka katakan,‘perigi mencari timba’ ke, ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’ ke. Bagi atikah apa yang lakukan dirinya adalah kerana kehendaknya sendiri dan bukan dari paksaan sesiapa.
“amir, tolong bagi hadiah ini dekat fahmi nanti”.pintaku kepada amir yang merupakan teman baik fahmi. Amir merenung wajah atikah sebelum mengambil hadiah tersebut dari tangannya. Mungkin amir memikirkan atikah agak gila kerana masih lagi memberi hadiah kepada fahmi setelah fahmi menolak cintanya. Mungkin dia beranggapan atikah manusia yang tidak tahu serik dengan apa yang telah berlaku pada dirinya.
***
Hampir dua tahun atikah menanti fahmi. Dan selama itu jugalah dia didatangi berbagai-bagai cabaran untuk terus mencintai fahmi. Dengan kekuatan yang ada pada dirinya, atikah meneruskan juga menyayangi fahmi sepenuh hati. fahmi? Masih seperti dulu. Tidak menyedari akan kehadiran dirinya dalam hidupnya. Atikah seperti pungguk rindukan rembulan, menanti sesuatu yang sulit baginya jalani. Mungkin suatu hari, fahmi akan menyedari akan kehadiran dirinya dalam hidup fahmi. Ya, dia pasti suatu hari nanti fahmi akan jadi miliknya.
Di sebalik kata ada rahsia
Di sebalik senyum ada makna
Kan kubisikkan padamu
Satu hari bila perlu
Saat pasti kau jadi milikku
Biarkanlah aku menanggung rindu
Biarkanlah engkau tiada tahu
Halus kasihku padamu
Zahirnya takku lihatkan
Hingga pasti kau jadi milikku
Entah bila bermula
Cinta yang tak kusangka
Mungkin terlalu lama
Sangsi asmara... terpedaya
Berlalulah masa tak sanggup ku menanti
Gelora di jiwa tak siapa mengerti
Siksanya menanggung rindu
Sukarnya memendam rasa... kekasih
Di sebalik senyum ada makna
Kan kubisikkan padamu
Satu hari bila perlu
Saat pasti kau jadi milikku
Biarkanlah aku menanggung rindu
Biarkanlah engkau tiada tahu
Halus kasihku padamu
Zahirnya takku lihatkan
Hingga pasti kau jadi milikku
Entah bila bermula
Cinta yang tak kusangka
Mungkin terlalu lama
Sangsi asmara... terpedaya
Berlalulah masa tak sanggup ku menanti
Gelora di jiwa tak siapa mengerti
Siksanya menanggung rindu
Sukarnya memendam rasa... kekasih
Saturday, 18 June 2011
ex boyfriendku dah kwen, aku bila lagi?
12 jun 2011, adalah hari dimana xboy aku dengan pilihan hatinya bersanding. sedih jugala mengenangkan percintaan kami setakat dibibir saja(dh keluar lirik lagu plak). ikutkan hati merana kan mengenang percintaan yang tak kesampaian ni. tapi nak buat macam mn, dah jodoh aku dengan dia xde kn? so terima la seadanya pasal jodoh ini. mls la aku nk cte banyak2, nti aku mngis pulak(touching la plak) hihi...apa2pun, kepada MOHD NAJIB & UMIE KALSOM, semoga kali bahagia ke anak cucu and dimurahkan rezeki. AMIN.....
ni gambar perkahwinan xboy aku
Subscribe to:
Posts (Atom)